Set Berpantang Shaklee: Pengalaman berpantang yang menyeronokkan

Pengalaman berpantang saya untuk ketiga-tiga anak adalah berbeza. Anak pertama tak kenal lagi set berpantang shaklee. Anak kedua dah kenal shaklee tapi belum jadi ahli shaklee lagi. Anak ketiga dah kenal shaklee dan dah aktif dalam shaklee. Ketiga-tiga pengalaman ini sangat berharga bagi saya.

Semasa berpantang anak pertama, saya bermasalah dalam membuat pilihan. Tak tau nak pilih set bersalin yang mana. Beberapa jenama bermain di mata saya. Akhirnya saya pilih jenama xyz. Masa ni saya tak kenal lagi produk shaklee. Bagi saya setiap produk ada kelebihan masing-masing. Produk xyz ni pulak agak tak sesuai dengan saya. Saya ni ada masalah sembelit. Selepas bersalin dan dalam pantang tu memang menjadi-jadi sembelitnya. Seminggu saya tak ‘membuang’. Mungkin faktor takut terkoyak tempat jahitan dan agak tekstur najis yang keras tu. Oh ya, saya bersalin secara normal dan terkoyak sikit di bahagian bawah tu. Kena la jahit jugak kan. Saya cuba macam-macam cara jugak. Yang paling berkesan dengan saya ialah makan buah oren. Jadi setiap hari saya perlu makan buah oren. Akhirnya hari ke 8 berpantang, saya dapat lah membuang tapi Ya Allah sakitnya yang amat. Apabila dah selesai tu alhamdulillah lega!

Semasa berpantang anak kedua pula, saya sudah pun kenal shaklee. Cumanya masa tu belum jadi ahli shaklee lagi. Saya mengenali shaklee semasa tercari-cari suplemen untuk tambah susu ibu. Setelah berpuas hati dengan set penyusuan shaklee, saya teruskan mengambil suplemen shaklee iaitu OSTEMATRIK SHAKLEE (kalsium) semasa mengandungkan anak kedua. Pada kali ini saya tak alami masalah untuk memilih lagi. Saya memang tak pandang yang lain lah orang kata. Terus order set bersalin shaklee dari kawan pejabat suami. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan set berpantang shaklee. Daripada segi tenaga, saya lebih bertenaga walaupun pada masa yang sama melayan si kakak yang berumur dua tahun, berjaga malam lebih lama. Adik dah tidur, kakaknya pula bangun. Jahitan pun lebih cepat pulih. Oh ya, bersalin anak kedua juga secara normal, cuma koyak juga sedikit. Paling best susu badan sangatlah meriah. Sampai bengkak breast kalau tak direct feeding atau pam mengikut waktunya. Sembelit? Oh yang tu lagi satu keseronokan yang saya alami semasa berpantang menggunakan set bersalin shaklee ni. Lebih mudah dari anak pertama. Masa ni saya ambil set bersalin shaklee yang ada vitalea, bcomplex, vitamin C, Alfalfa, zink dan ostematrik. Boleh klik sini untuk baca setiap fungsi suplemen shaklee dalam set bersalin ni.

Saya sudah pun bergelar pengedar sah shaklee semasa berpantang anak ketiga. Masa ni saya perlukan tenaga tiga kali ganda dari anak pertama dahulu. Mana tak nya, saya dah aktif dengan bisnes shaklee. Sibuk uruskan anak-anak kandung dan anak cucu shaklee saya dalam empayar iMumtaz Family. Alhamdulillah ada tenaga super extra dalam menjaga si kakak yang 4 tahun dan 2 tahun. Kali ini saya ambil set bersalin premium (lengkap). Set berpantang premium ini terdiri daripada vitalea, bcomplex, vitamin C, Alfalfa, Zink, Ostematrik dan ESP. Apabila tambah ESP, lagi senang untuk ‘membuang’. Tambahan pula susu menjadi pekat dan baby lebih kenyang. Saya memang berpuas hati. Dah takde dah mimpi ngeri bila terasa nak ‘membuang’. Alhamdulillah!

Kesimpulannya, saya tidak menyesal memilih suplemen shaklee sebagai set berpantang. Sangat berpuas hati menggunakan suplemen shaklee dan jadi ahli shaklee! InsyaAllah, saya akan menggunakan lagi set berpantang shaklee untuk anak yang seterusnya nanti.


Jika berminat, boleh hubungi saya :
Call/Whatsapp/SMS : 013-5150155 (IJA RAMLI)
Gmail : iija84@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply