Bisnes Online Dari Rumah Bantu Ibu Tunggal Sara Anak Kecil

jana-pendapatan-dengan-bisnes-online

Bismillah.

Terkejut saya apabila mendapat whatsapp dari sahabat yang saya kenal melalui bisnes online dari rumah ini. Penuh dengan ikon sedih. Saya yang ketika itu sedang makan laksa terus hilang selera. Saya membaca tulisan demi tulisan tanpa berkelip mata. Berdebar-debar, terkejut, geram, sedih. Bercampur aduk perasaan ketika itu. Allah je yang tahu.

Apa Yang Terjadi Sebenarnya?

[wpsharely]

Sahabat yang saya kenal 6 bulan lepas yang saya panggil kak Mun memberitahu saya, beliau dan suami telah pun bercerai. Akhirnya terpisah juga mereka setelah melalui beberapa episod masam muka yang kritikal. Tinggalkan 3 orang anak yang masih kecil. Walau apa pun terjadi, kehidupan perlu diteruskan. Bak kata orang putih “let bygones be bygones”. Tapi mereka yang hadapinya sahaja tau betapa pedihnya situasi itu.

ibu-tunggal, online-bisnes

Sedih sangat membaca kisah kak Mun yang ditinggal suami kerana kehadiran orang ketiga yang menyebabkan beliau dan tiga orang anak-anaknya tersingkir dari kehidupan bekas suaminya. Anak-anak yang berumur antara 3 tahun hingga 9 tahun akhirnya terpaksa bercerai kasih dengan ayahnya. Mereka masih perlukan kasih sayang dan perhatian seorang ayah. Sebak hati saya apabila mengenangkan mereka.

Yang pasti dalam setiap kesulitan itu ada kesenangan. Seperti dalam surah Insyirah ayat 5 dan ke 6 yang bermaksud “Sesungguhnya selepas kesukaran itu ada kemudahan”.

surah-al-insyirah
Surah Al-Insyirah

 

Itu kisah setahun yang lepas.

Hidup Lebih Bermakna Sekarang Dengan Bisnes Online Dari Rumah

Alhamdulillah kini beliau yang saya anggap seperti kakak telah berjaya meraih pendapatan sampingan dengan bisnes online bernilai 4 angka setiap bulan. InsyaAllah 2015, beliau bakal memperolehi pendapatan 5 angka.

Ibu tunggal ini sangat gigih dalam menyara kehidupan keluarganya. Beliau punya semangat yang tinggi. Kegigihan dan semangat beliau patut dijadikan contoh oleh semua ibu tunggal. Yang pasti kekurangan dan kelemahan bukan penghalang beliau untuk terus bangkit bagi meneruskan perjuangan demi anak-anak tersayang.

Pada saat ini kak Mun telah berjaya membina empayar beliau sendiri dalam bisnes online dari rumah yang diusahakannya. Segalanya bermula dengan modal rm65 sahaja. Beliau bangkit kembali setelah kecewa dengan rumah tangganya yang hancur. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, beliau berjaya mendaki tangga demi tangga untuk menuju ke puncak.

Bagaimana kak Mun melakukan semua ini? Apakah yang beliau buat? Mari kita bongkar rahsia kejayaan kak Mun.

Rahsia Kejayaan Kak Mun

Perpisahan merupakan satu perkara yang sungguh menyeksakan. Walau bagaimanapun ia merupakan permulaan bagi satu kehidupan baru yang pastinya menghadiahkan pelbagai dugaan dan cabaran kepada ibu tunggal.

Pengalaman membesarkan tiga orang anak tanpa kehadiran lelaki yang bergelar ayah sememangnya sesuatu yang cukup mencabar bagi ibu tunggal. Mereka sanggup berusaha keras siang dan malam tanpa mengira penat lelah demi memastikan kebajikan anak sentiasa terjaga dan terbela. Ini lah yang saya lihat pada kak Mun. Beliau bekerja pada siang hari dan malam pula berusaha memberi tunjuk ajar pada anak buah dalam empayarnya. Alhamdulillah segalanya dibuat melalui online.

ibu-tunggal, bisnes-online-dari-rumah
Supermama

Tidak ada siapa yang dapat nafikan kehidupan sebagai janda dan dalam masa yang sama memelihara tiga orang anak sendiri adalah satu tugas yang sukar. Bayangkan, sebelum berjaya dengan bisnes online dari rumah, kak Mun terpaksa ikat perut untuk berjimat demi menyediakan belanja yang cukup untuk anak-anaknya setiap bulan.  Kesungguhan dan keyakinan diri yang tinggi yang ada pada kak Mun ini lah yang saya sangat kagumi.

Kak Mun berkali-kali memberitahu saya yang beliau tidak pernah menjadikan kegagalan rumah tangga sebelum ini sebagai penamat kepada segalanya. Sebaliknya beliau berusaha untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak. Rahsia utama beliau adalah dengan meletakkan sepenuh pergantungan kita pada Allah. Allah sangat sayang pada kak Mun. Sebab tu Allah uji kak Mun.

Setelah berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan bisnes, kini beliau yakin mampu kembali berdiri atas kaki sendiri. Beliau berazam untuk membantu mereka yang memerlukan serta mengembalikan semangat mereka untuk terus berusaha walaupun ketiadaan suami tercinta. Oleh sebab itu beliau bangkit dan menyediakan peluang perniagaan di rumah. Tujuan dan fokus utama adalah untuk memberi bantuan kepada ibu tunggal terutamanya agar tidak menerima nasib yang sama sepertinya sebelum ini.

jana-pendapatan-dengan-bisnes-online

Malah beliau juga bersedia memberi panduan, sokongan dan khidmat nasihat kepada mereka yang ingin meningkatkan taraf hidup tetapi tidak mempunyai pengetahuan untuk melakukannya.

Saya sangat terharu apabila beliau mengakui beliau cukup bersyukur kerana berjumpa dengan ramai individu yang sudi memberinya peluang untuk merealisasikan impiannya. Kumpulan sokongan dalam bisnes online yang beliau ceburi sangat supportive dari semua segi. Ukhuwah yang rapat juga membuatkan beliau tak pernah rasa sunyi kerana ada je aktiviti-aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan bersama.

Sejujurnya saya yakin bahawa bisnes yang beliau jalankan secara dalam talian berkaitan dengan produk makanan kesihatan akan terus maju dan dapat memberi manfaat pada orang lain. Saya suka dengan cara beliau yang berkongsi  berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Go go kak Mun!

Sesungguhnya saya sangat terinspirasi dengan ibu tunggal yang berjiwa kental. Sorang-sorang menjaga anak-anak syurga dari kecil sehingga dewasa. Bagi saya tiada tugas yang lebih besar apabila terpaksa menjadi ibu dan dalam masa yang sama ayah dalam kehidupan anak-anak. Apa yang anda buat adalah dua kali ganda daripada apa yang ibu biasa buat. Anda dapat dua kali ganda ganjarannya, dua kali ganda kasih sayang dari mereka. Sepanjang perjalanan kehidupan anak anda, anda lah orang yang paling penting buat mereka.

Diharap paparan kisah ini dapat menyuntik semangat anda semua terutama ibu tunggal dalam menjana pendapatan bagi meneruskan kehidupan dalam zaman yang super mencabar ini. Sesungguhnya bumi Allah ini luas dengan rahmat-Nya. Allah itu Maha Pemurah. Marilah sama-sama kita berusaha mendapatkan rezeki yang halal dan berkat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bisnes online dari rumah,

boleh hubungi saya di 013 5150155 atau emel kepada iija84@gmail.com.

[/wpsharely]



Jika berminat, boleh hubungi saya :
Call/Whatsapp/SMS : 013-5150155 (IJA RAMLI)
Gmail : iija84@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply