Anak Kurus Susah Makan dan Rimas Diperli Doktor? Amalkan Ini.

tips-atasi-anak-kurus-susah-makan

Bismillah.

7 tahun dah berlalu rupanya. Masih segar di ingatan memori berpraktikal di Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan. Masalah yang selalu dihadapi oleh ibu-ibu di sini adalah anak mereka tidak suka makan. Keluhan seperti “anak saya susah nak bagi makan” “badan anak kurus susah makan” “dah puas saya ikhtiarkan cara supaya dia suka makan tapi tak berjaya” “badan anak saya ringan” dan pelbagai lagi yang saya selalu dengar.

tips-atasi-anak-kurus-susah-makan

Kebanyakan ibu bapa sangat risau apabila anak mereka kelihatan sangat kurus. Termasuk lah saya sebenarnya. Rimas kan bila asyik diperli oleh doktor dan nurse? Itu tak termasuk lagi bila balik kampung. Ada je suara-suara negatif yang akan berbunyi. Namun, realitinya anak-anak seperti ini kebanyakannya aktif dan kesihatan mereka jarang terganggu.

Masa praktikal kat klinik tersebut saya berhadapan dengan pelbagai saiz badan kanak-kanak. Ada yang kurus, ada yang tembam, ada yang sedang-sedang je dan ada yang sedap-sedap dipegang. Saiz kanak-kanak yang berbeza ni bergantung pada beberapa faktor seperti baka dan persekitaran. Ada yang mengikut saiz ibu dan bapanya. Macam anak-anak saya. Ketiga-tiga anak perempuan saya mengikut saiz badan saya. Agak risau juga sebenarnya tapi saya bersyukur kerana mereka tidak ada masalah kesihatan.

Bayi dari lahir hingga berumur 6 bulan mendapat keperluan kalori untuk membina badannya dari susu sahaja. Makanan peralihan (weaning food) diperlukan untuk memberikan keperluan kalori yang mencukupi. Tumbesaran anak-anak di bawah usia setahun sangat pesat dari segi kenaikan berat badan. Dari umur setahun ke atas, berat badannya ada masa naik dan ada masa turun jika ditimbang dari minggu ke minggu lain.

Semakin anak itu besar dan boeh berjalan, dia akan menunjukkan minat kepada persekitarannya. Kalau dia tengah main contohnya, dia tak suka orang kacau. Pada masa inilah selalunya ibu bapa menyangkakan anak-anak tidak mahu makan. Sampai ada yang memaksa untuk makan atau minum susu. Ini sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Jadi apa yang patut ibu bapa lakukan supaya anak-anak suka makan dengan gembira?

 7 Petua Turun-temurun yang Patut diamalkan

Banyak tips dan petua yang kita boleh amalkan untuk mengatasi masalah anak kurus susah makan ini. InsyaAllah kali ini saya kongsikan 7 petua turun-temurun yang boleh ibu-ibu amalkan untuk anak-anak mereka.

1. Mandikan anak pada waktu petang dengan air ramasan daun kucai yang sudah ditapis

Tips ini dikongsikan oleh arwah nenek saya. Katanya anak yang kurus susah makan ni selalunya disebabkan oleh cacing. Arwah pesan supaya guna daun yang berbau busuk, contohnya daun kaduk dan daun kucai.

mengatasi-anak-susah-makan
Inilah rupa daun kucai

Nak tau caranya?

Meh teruskan bacaan.

  • Ambil sebaldi air, masukkan daun kucai dan ramas-ramas. Kemudan tapis. Kita akan guna air tersebut untuk bilas badan selepas mandi nanti.
  • Semasa waktu mandi petang (antara pukul 5 – 6ptg), mandikan anak bersih-bersih dulu guna air biasa.
  • Kemudian ambil air ramasan daun kucai yang dah ditapis tadi dan jiruskan air bermula dari bahu dan ke bawah.
  • Kepala tak perlu dijirus (nanti anak anda letih)
  • Sambil jirus tu gosok-gosok dada dan belakang badan anak.
  • Lepas tu lap badan anak dengan tuala.
  • Seeloknya amalkan 3 petang berturut-turut.

2. Ubah Suasana Makan

 

petua-atasi-anak-susah-makan
Memang anak-anak berselera kalau makan macam ni

Ibu-ibu boleh ajak anak-anak bermain di luar dan masa tu kita boleh suap nasi pada mereka. Anak-anak akan lebih berselera sambil menghirup udara segar di luar. Jadikan suasana makan sebagai suasana yang santai dan menggembirakan. Pasti mereka tertunggu-tungu masa untuk makan.

3. Kreatif Dalam Menghias Makanan

 

anak-kurus-susah-makan
Kreatif!

Anak-anak mudah tertarik dengan makanan yang nampak luar biasa. Jadi, ibu-ibu boleh menghiaskan makanan anak-anak mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya nasi, lauk dan sayur dibuat bentuk seperti frozen, mesti anak-anak suka. Atau boleh hiaskan ikut watak kegemaran anak-anak yang lain. Selain itu, ibu-ibu juga boleh gunakan sayuran yang berwarna terang dan menarik seperti lobak merah, capsicum dan yang sewaktu dengannya.

4. Makan Dalam Talam Bersama Anak-Anak

 

petua-atasi-anak-susah-makan
Sunnah nabi

Luangkan masa untuk makan bersama anak-anak. Jadikan satu aktiviti keluarga yang ceria. Lagi bagus kalau dapat makan dalam talam sekeluarga. Makan dalam talam ni salah satu sunnah yang perlu kita amalkan. Setiap perkongsian makanan tu kan ada keberkatan. Oleh itu, sebagai ibu dan bapa kita kena tunjukkan cara makan yang betul dahulu kepada anak-anak. Anak-anak ni adalah pemerhati dan peniru yang superb. Apa yang dia nampak, itu lah yang dia akan buat.

5. Ajak Anak Untuk Sama-sama Sediakan Makanan

 

cara-atasi-anak-susah-makan
Libatkan anak-anak dalam aktiviti menyediakan makanan

Kebanyakan anak-anak ni suka kalau kita libatkan mereka dalam penyediaan makanan. Macam anak-anak saya, diorang suka ikut saya masuk dapur. Mintak tolong dia buat apa-apa yang mampu untuk dia buat contohnya basuh sayur dan buah, gaul tepung dan mengacau masakan. Penglibatan semua ahli keluarga dalam penyediaan makanan dapat mengeratkan kasih sayang dan anak-anak akan lebih menghargai makanan yang disediakan.

6. Elakkan Memaksa Anak Untuk Makan

 

anak-kurus-susah-makan
Anak tidak suka dipaksa

Elakkan cara ugutan yang negatif untuk memaksa anak makan. Contohnya tak benarkan anak bermain di luar rumah jika tak makan nasi. Hal ini akan menanam rasa negatif pada nasi. Mereka tidak akan suka makanan tersebut. Jadi bagaimana kita nak memujuk supaya dia nak makan? Salah satu caranya ialah kita boleh bagi ‘ugutan positif’ dengan cara kita bagi makanan yang dia suka dengan syarat dia kena habiskan makan nasi dahulu. Tapi makanan yang dia suka tu pastikan berkhasiat. Sekurang-kurangnya cara ini tidak ada unsur paksaan dan aura negatif. Sentiasalah berfikiran positif.

7. Pelbagaikan Makanan Berkhasiat

 

tips-atasi-anak-susah-makan
Makanan berkhasiat

Anak-anak cepat bosan jika kita hidangkan makanan yang sama setiap hari. Kita yang dewasa ni pun macam tu jugak kan? Jadi kita boleh pelbagaikan makanan untuk setiap hari. Selain dari hidangan berat, kita boleh sediakan makanan lain seperti biskut ‘homemade’, yogurt, strawberi kisar dan buah-buahan lain. Bagi anak-anak yang tak suka sayur, boleh cuba salutkan brokoli dengan keju cair supaya mereka rasa keju lebih dari sayur tersebut. Untuk buah-buahan pula boleh jadikan jus buah. Apabila bercakap tentang buah ni, pastikan anda membeli buah yang segar. Bukan apa buah-buahan sekarang ni banyak yang diubahsuai genetiknya (GMO). Yang kecil jadi besar, yang ada biji jadi tak ada biji. Sebab tu lah saya akan pastikan anak saya mengambil makanan tambahan untuk kanak-kanak. Zaman sekarang dah tak sama macam zaman nenek moyang kita dulu. Kualiti makanan sangat tidak memuaskan.

Kesimpulan

Pendekatan yang kita gunakan semasa melayan anak-anak sedikit sebanyak mempengaruhi kesan yang kita akan dapat. Kita boleh gunakan cara psikologi dalam mengurus anak kurus susah makan ini. Yang penting, ibu wajib bagi pujian pada anak-anak jika mereka nak makan walaupun hanya 3 suap nasi. Perasaan yang positif akan menyebabkan anak-anak berselera makan dengan gembira.

Pastikan anak anda mengambil makanan yang berkhasiat, lebih-lebih lagi zaman sekarang makanan yang kita makan banyak sangat bahan kimia. Kalau nak anak berselera makan dan tak nak rimas diperli doktor lagi, cepat-cepat lah bertindak ya 🙂

Oh ya, jemput tonton video daripada ibu yang berpengalaman menguruskan anak yang kurus dan susah makan. Mari kita tengok apa yang beliau lakukan.

 

Sebenarnya saya ada lagi petua nak share tapi panjang sangat nak tulis kat sini. Kalau nak tahu boleh hubungi 013 5150155 (Ija Ramli) ya 🙂


Jika berminat, boleh hubungi saya :
Call/Whatsapp/SMS : 013-5150155 (IJA RAMLI)
Gmail : iija84@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply